USAHAWAN : KEK DAN PASTRI ONLINE
Puan Noor Shazillawaty berumur 34 tahun, menjalankan perniagaan kecil-kecilan kek dan pastri lebih kurang 2tahun.Puan Noor Shazillawaty mempromosikan produk jualan kek dan pastrinya hanya sekitar kawasan kampung sahaja sebelum ini. Jualan beliau amat laris dan semakin mendapat sambutan memberangsangkan. Oleh kerana beliau hanya berniaga dari rumah sahaja,beliau mengambil tempahan dengan terhad. Beliau belum mempunyai kedai atau premis sendiri.
Sedar dengan kaedah pemasaran yang kurang memuaskan,beliau mula hadir ke Pusat Internet dan mengikuti kursus-kursus seperti mencipta emel dan blog,membuat facebook dan banyak lagi. Beliau belajar menaip dan belajar mempromosikan produk beliau dengan staf Pusat Internet. Sekarang jualan beliau amat dikenali oleh penduduk kawasan jeli. Beliau juga membuat penghantaran ke rumah pelanggan. Sentiasa mendapat tempahan dari pejabat mahupun untuk majlis-majlis lain. Keenakkan rasa kek dan pastrinya memang sentiasa menjadi buah mulut penduduk sekitar. Belaiu mempunyai impian untuk mempunyai premis sendiri satu hari nanti.