Lokasi, Rupa Bumi dan Luas Kawasan
Daerah Batu Melintang bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Jeli di sebelah timur, bersempadan juga dengan negeri Perak di sebelah barat serta bersempadan dengan Daerah Kuala Balah di sebelah selatan.
Keadaan rupa bumi adalah 80% berbukit-bukau, berhutan rimba dan banyak alur serta sungai. Daerah ini terletak antara 90-500 meter dari aras laut.
Sungai utama dalam daerah ini ialah Sungai Pergau. Daerah Batu Melintang ini berkeluasan 33,968.20 hektar dan merupakan daerah kedua terbesar dalam
Jajahan Jeli.