Cafe ini terletak di daerah Jeli di Kampung Belimbing Batu Melintang. Ia berdekatan dengan muara sungai Berching bersambung dengan Sungai Pergau. Lokasi di tepi sungai menjadikan tempat ini sangat strategik dan menarik pengunjung. Menyediakan makanan ala western cafe ini sangat sesuai dijadikan tempat berkhelah sekeluarga ataupun bersama rakan-rakan.
Antara Menu utama ialah Burger, Chicken Chop, Nasi Ayam Crispy, Mee ramen dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutuan. Kedai dibuka setiap hari kecuali hari ahad. Bermula jam 4 petang sehingga 10 malam.