BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Anis Nasuha Binti Mohd Zuki |
Umur | : 14 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Merupakan anak kelima dari enam beradik. Seorang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Batu Melintang. Setiap kali peperiksaan beliau akan mendapat tempat kedua di dalam kelas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau selalu datang ke Pusat Internet Batu Melintang untuk mengulangkaji pelajaran sambil melayari internet bersama kawan-kawannya. Jarang menyertai kelas apabila diajak oleh kawan-kawannya. Namun setelah diterangkan tentang banyak kelebihan yang akan diperolehi ,pelbagai kelas akan diajar, beliau mula minat dan selalu mengikuti kelas latihan yang diadakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas banyak menyertai kelas,Anis semakin mahir dan gembira mempelajari banyak perkara dan ilmu berkaitan it. Antaranya mengenal apa itu laman web, emel,microsoft office dan banyak lagi.