BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Noor Alia Amalin Binti Noor Hashim |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Merupakan anak bongsu dari empat beradik. Berasal dari Kampung Gunung Reng. Alia selalu datang ke Pusat Internet 1Malaysia untuk mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya. Sering mendapat tempat pertama setiap kali peperiksaan dan ujian di dalam kelasnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di Pusat internet, Alia tidak pandai menggunakan microsoft word,excel dan powerpoint. Setiap kali ingin menggunakan komputer, Alia selalu meminta tolong rakan-rakannya dan staf Pusat Internet. Sejak naik tingkatan 2, Alia banyak menggunakan google dan microsoft word untuk menaip. Melihat keadaan itu,staf mula menasihatkan Alia menyertai kelas ict yang diadakan di Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah itu,Alia mula menyertai pelbagai kelas yang diadakan di Pusat Internet seperti kelas menaip pantas,kelas klik dengan bijak,tutorial dan banyak lagi. Alia sekarang lebih pandai dan cekap menggunakan aplikasi teknologi ict bersama rakan-rakannya.