| Tarikh | 23 September 2017 |
| Masa | 9.00 AM – 2.00 PM |
| Lokasi | Pi1M Batu Melintang |
| Peserta | 51 Orang |
Tujuan
Program Dashboard Dihati Anda diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dan komuniti setempat dengan aplikasi dashboard. Ini bagi memudahkan pelbagai urusan mereka disamping menambah ilmu kepada mereka tentang modul-modul yang terdapat dalam dashboard.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari ini antaranya pemeriksaan kesihatan percuma iaitu memeriksa tekanan darah,timbang berat badan dan mengira berat badan ideal. Selain itu, my shop station juga dibuat untuk peserta mempromosikan barang jualan mereka,melihat produk-produk dari Pusat Internet dari seluruh Malaysia. Aktiviti lain lagi ialah menggalakkan peserta membuat hebahan kepada komuniti setempat. Yang paling menarik ialah membuat aduan di dalam modul My Soal. Peserta diberi peluang untuk membuat sebarang aduan dan permasalahan dalam komuniti ditujukan kepada agensi-agensi terlibat antaranya ialah Majlis Daerah,Polis,Bomba,JKR dan banyak lagi.