mcmc
Maklumat Setempat

Jumlah Ahli Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang

Bermula dari pembukaan pada November tahun 2009 jumlah ahli hanyalah seramai 78 orang. Kemudian semakin meningkat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari tahun ke tahun memandangkan ia amat bermanfaat untuk penduduk dan komuniti kawasan ini. Sehingga Disember 2013 jumlah ahli adalah seramai 519 orang ahli. 

Sehingga sekarang, Januari 2018 seramai 1028 orang telah berdaftar sebagai ahli di Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang. Untuk makluman semua, Pendaftaran Ahli hanya perlu membayar RM5 untuk seumur hidup dan boleh membuat pinjaman Netbook 1Malaysia. Ahli Pusat Internet 1Malaysia juga boleh membuat Kursus Sijil Komputer ( Desktop Publishing ) iaitu Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan Microsoft Office Powerpoint. Tempoh yang diberi adalah selama 30 hari. Ini adalah salah satu program SKMM bagi menjayakan matlamat masyarakat Celik It dikalangan komuniti setempat. Oleh itu,amat besarlah harapan kami sebagai orang tengah untuk menjayakan program ini. Ahli akan menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan seperti caj percetakan dan penggunaan internet yang murah, Fotostat dan mata ganjaran penggunaan dan sebagainya. Setiap ahli akan menerima kad ahli untuk mereka simpan bagi mendapatkan mata ganjaran dan sebagainya.

Promosi keahlian untuk komuniti sentiasa dilakukan setiap masa sama ada semasa event, program, bengkel dan hebahan juga dilakukan dari mulut ke mulut untuk menambah bilangan ahli. Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang juga semakin berkembang dengan penambahan game di Kiosk untuk dewasa dan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ini juga secara tidak langsung menarik minat pengunjung untuk datang ke Pusat Internet dan menjadi ahli. Selain itu,satu program baru juga diperkenalkan di Pusat Internet 1Malaysia iaitu Dashboard. Modul yang terdapat dalam dashboard ialah My Komuniti, My Soal, My Health, My Shop, My Skool dan My Place.