mcmc
Maklumat Pi1M

Jumlah Keahlian Pusat Internet Batu Melintang

Bermula dari pembukaan pada November tahun 2009 jumlah ahli hanyalah seramai 78 orang. Kemudian semakin meningkat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari tahun ke tahun memandangkan ia amat bermanfaat untuk penduduk dan komuniti kawasan ini. 

Sehingga sekarang, Ogos 2023 seramai 1313 orang telah berdaftar sebagai ahli di Pusat Ekonomi Digital Batu Melintang. Untuk makluman semua, Pendaftaran Ahli hanya perlu membayar RM5 untuk seumur hidup dan boleh membuat pinjaman Netbook. Tempoh yang diberi adalah selama 30 hari. Ini adalah salah satu program SKMM bagi menjayakan matlamat masyarakat Celik It dikalangan komuniti setempat. Inisiatif terbaru oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Digital Malaysia ialah pinjaman ‘Tab’ kepada ahli Pusat Ekonomi Digital Batu Melintang. Oleh itu,amat besarlah harapan kami sebagai orang tengah untuk menjayakan program ini. Dan Ahli boleh mendapatkan Sijil Desktop Publishing ( Microsoft Word,Excel dan Power point ) dengan belajar di Pusat Internet Batu Melintang .Ahli akan menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan seperti caj percetakan dan penggunaan internet yang murah, Fotostat dan mata ganjaran penggunaan dan sebagainya. Setiap ahli akan menerima kad ahli untuk mereka simpan bagi mendapatkan mata ganjaran dan sebagainya.

Promosi keahlian untuk komuniti sentiasa dilakukan setiap masa sama ada semasa event, program, bengkel dan hebahan juga dilakukan dari mulut ke mulut untuk menambah bilangan ahli. Ini juga secara tidak langsung menarik minat pengunjung untuk datang ke Pusat Internet dan menjadi ahli. Selain itu,satu program baru juga diperkenalkan di Pusat Internet iaitu Dashboard. Modul yang terdapat dalam dashboard ialah My Komuniti, My Soal, My Health, My Shop, My Skool dan My Place.