Keusahawanan |
Kegiatan keusahawanan di kawasan Batu Melintang agak memberangsangkan. Hal ini kerana kebanyakan penduduk di sini menjalankan kegiatan perniagaan. Antara kegiatan perniagaan yang dijalankan ialah pembinaan jalan, kedai runcit, kedai makan, gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran, bengkel membaiki kenderaan, dan sebagainya. Di hadapan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti Batu Melintang, terdapat sebuah pasar yang disediakan untuk penduduk kampung bagi menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Pasar ini akan beroperasi pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. Pasar malam juga turut dijalankan di pasar ini. Pasar malam diadakan pada hari Jumaat bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 10.00 malam. Para peniaga dan pelanggan tidak perlu risau akan cuaca kerana tapak pasar ini berbumbung tetap. |