Kelas Microsoft Office Word

Galeri Foto | 27 October 2017
Tarikh  22 Oktober 2017
Masa  9.30 am – 12.30 pm
Lokasi  PI1M Batu Melintang
Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Kelas Microsoft Word diadakan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan microsoft word. Walaupun di usia yang telah dewasa,masih ramai yang belum mahir menaip,malah tidak pernah menggunakan microsoft word. Dengan adanya kelas sebegini, mereka akan mengenal apa itu microsoft word,pandai menaip dan boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian apabila ingin memohon kerja pada masa hadapan.

 

Aktiviti

Kelas dimulai dengan staf menerangkan semua menu,fungsi serta icon dalm microsoft word. Seterusnya,peserta diberi teks untuk ditaip dan diberi masa untuk disiapkan. Peserta semakin lancar menaip walaupun pada mulanya kelihatan takut untuk menggunakan keyboard untuk menaip. Pada akhir sesi kelas ini,peserta berjaya menaip dengan baik dan gembira kerana dapat belajar dalam kelas microsoft word.