Wanita |
Umumnya, kaum wanita di negeri Kelantan amat terkenal dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Termasuklah kaum wanita di Batu Melintang, sebahagian besar kaum wanita di kampung ini aktif dalam menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga. Antara perniagaan yang banyak dijalankan ialah membuka gerai makan, menjual pakaian di pasar tani, mengambil upah menjahit baju, membuat kuih dan sebagainya. Selain itu, sebilangan kecil kaum wanita mengaktifkan diri dengan aktiviti bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Antara tanaman yang sering ditanam ialah serai, pandan, cili, halia dan sebagainya. Hal ini dapat menjimaatkan kos seharian mereka. Ada antara mereka yang menjual hasil tanaman di pasar pagi jika memperoleh hasil yang lebih. |