mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2018 Keusahawanan – Noor Maziah Binti Noh

IMG 1915

USAHAWAN : PELAMIN MINI BAJET DAN SOLEKAN

Nama  : Noor Maziah Binti Noh
Umur  : 33 Tahun
Ahli  : 2010

 

Latar belakang

Merupakan seorang ibu kepada 2 cahaya mata kembar berusia 6 tahun. Beliau juga seorang wanita berkerjaya,bekerja di Perpustakaan Desa Batu Melintang. Amat meminati bidang hiasan pelamin dan juga solekan pengantin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Maziah selalu datang ke Pusat Internet Batu Melintang untuk menghantar emel dan melakukan online banking. Tidak pernah mengikuti kelas yang diadakan kerana komitmen kerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau aktif menjalankan perniagaan ini, beliau kerap datang untuk mendapatkan tunjuk ajar mempromosikan perniagaan beliau. Apabila ada masa terluang beliau menyertai kelas keusahawanan yang dijalankan dan sering mencari peluang mempromosikan perniagaan beliau. Antaranya beliau promosi dalam dashboard,facebook dan whatsapp. Semenjak dari itu,perniagaan beliau mula dikenali dan mendapat tempahan ramai dari kawasan Batu Melintang hingga ke Bukit Bunga dan Ayer Lanas.

 

IMG 1915

( bertudung pink )