mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2018 Keusahawanan – Nor Fatiha Binti Mohd Seth

USAHAWAN : KUIH AKOK,REMPEYEK,BAHULU,SARANG TEBUAN DAN PEKASAM

 Nama : Nor Fatiha Binti Mohd Seth
 Umur : 26 Tahun
 Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Fatiha merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berumur 8 tahun. Telah menjalankan perniagaan ini bersama emaknya yang tinggal bersamanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fatiha membuat semua kuih ini di rumah dengan dibantu emaknya. Produk beliau hanya diketahui penduduk sekitar dan beliau banyak menerima tempahan dari kedai-kedai runcit berhampiran. Beliau datang ke Pusat Internet untuk membuat sijil komputer. Dari situlah bermula beliau diperkenalkan dengan kelas-kelas keusahawanan dan bimbingan membuat page serta promosi oleh staf Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beberapa kali menyertai program dan kelas yang diadakan di Pusat Internet, beliau selalu datang untuk belajar mempromosi produk dalam dashboard dan sebagainya. Pendapatan Puan Fatiha juga semakin bertambah sekarang di mana tempahan yang diterima semakin tinggi. Beliau juga mahir menggunakan microsoft word, excel dan powerpoint. Beliau membuat sticker sendiri berbanding dahulu yang hanya meletakkan tanda harga dengan marker sahaja.

( bertudung purple – Beliau semasa menyertai kelas Mencipta Emel )