mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Internet Batu Melintang

IMG 4231

 

 SELAMAT DATANG

PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDI ) BATU MELINTANG 

 IMG 4231

 

Pusat Ekonomi Digital ( PEDI ) Batu Melintang, Jeli Kelantan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Ekonomi Digital ( PEDI )  merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Digital Malaysia ( SKMM ) dengan kerjasama Telekom Malaysia ( TM ) Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Ekonomi Digital ( PEDI ) untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.

 

 

Apa itu Pusat Ekonomi Digital ( PEDI ) 

Pusat Ekonomi Digital ( PEDI )  merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

Objektif Penubuhan Pusat Ekonomi Digital ( PEDI ) 

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di    Pusat Internet 1Malaysia

Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

* Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

Pelbagai perkhidmatan yang dapat diperolehi dengan mengunjungi Pusat Internet ini. Antaranya ialah perkhidmatan fotostat, binding, scanning, printing dan perkhidmatan internet. Pelbagai lapisan masyarakat akan dapat manfaat melalui Pusat Internet  yang disediakan ini. Sama ada untuk perkhidmatan, nasihat, tunjuk ajar berkaitan serta mendapat maklumat yang diperlukan. Bagi pelajar sekolah,maklumat pembelajaran akan diperoleh dengan cepat dan pantas. Begitu juga dengan pelajar IPTA / IPTS. Untuk penduduk kampung,mereka boleh mendapat bantuan untuk kemaskini BR1M,mengisi borang bantuan dan sebagainya.

Caj perkhidmatan terbaru :-

caj

 

 JOM INSTALL APPLIKASI DASHBOARD KOMUNITI ANDA DI LINK INI

                         Cover art

  Dashboard Komuniti (PI1M) V3- screenshot thumbnail      Dashboard Komuniti (PI1M) V3- screenshot thumbnail      Dashboard Komuniti (PI1M) V3- screenshot thumbnail

 

 

PERTANDINGAN DASHBOARD KOMUNITI