1. Pekerjaan utama penduduk
Keadaan rupa bumi daerah ini adalah 80% berbukit, sesuai untuk tanaman getah, kelapa sawit dan tanaman buah-buahan. Berikut adalah pecahan pekerjaan penduduk setempat :
Penoreh gerah dan pekerja ladang = 80%
Pekerjaan buruh binaan = 10%
Kerajaan/swasta = 5%
Lain-lain pekerjaan = 5%
2. Anggaran pendapatan isi rumah
Pendapatan RM 500.00 ke bawah = 40%
Pendapatan Rm 500.00 ke RM 1000.00 = 27%
Pendapatan RM 1000.00 ke RM 2000.00 = 23%
Pendapatan lebih RM 2000.00 sebulan = 10%
3. Kedudukan rumah kediaman
Keadaan rumah kediaman masih terdapat rumah-rumah kediaman penduduk yang perlukan pemulihan atau pembinaan yang baru. Satu kajian, penyiasatan dan bancian telah dibuat oleh penghulu-penghulu terhadap rumah-rumah yang amat daif dan diangkat kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan kelulusan.
Sumber : Pejabat Penggawa Batu Melintang