SURIYA GUNUNG ENTERPRISE
Sebuah kedai kek yang diusahakan oleh seorang wanita yang tinggal di Kampung Gunung Reng. Nama pengusaha kedai kek ini adalah Suyati binti Husin. Seorang yang peramah dan mesra pelanggan. Berumur 45 tahun,mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 perempuan. Suaminya bekerja sendiri. Beliau telah mengusahakan kedai kek ini selama lebih kurang 4 tahun. Lokasi kedainya amat mudah untuk dicari kerana berada di tepi jalan,berhadapan kedai ikan dan sayur kak sue. Jarak kedai beliau dengan pi1m lebih kurang 500 meter.
Bermula sejak dari tahun 2012, puan Suyati Binti Husin membuka kedai kek secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kedai di sini. Dengan pendapatan yang tidak seberapa,beliau dapat membantu keluarga menambah rezeki. Kedai yang disewa oleh beliau berharga RM100 sebulan sehingga sekarang. Pendapatan yang diperolehi secara purata hasil jualan tempahan kek ialah sebanyak RM1500 sebulan.
Beliau menerima tempahan tidak menentu. Biasanya mengikut musim seperti Hari Guru,Hari Ibu,Hari Bapa yang mendapat tempahan yang banyak. Walaupun hanya sebuah kedai yang kecil,kek buatan beliau amat dikenali dan disukai oleh penduduk sekitar. Rasa keknya yang enak dengan harga yang amat berpatutan membuatkan kedai dan kek beliau digemari ramai. Oleh kerana kesungguhan yang tinggi dan semangat yang kuat bagi mengembangkan perniagaan ini,beliau berminat untuk mempromosikan kek buatannya kepada orang ramai melalui media sosial seperti facebook dan blog.
Beliau akan mengikuti kelas mahupun bengkel yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Batu Melintang. Tujuannya ialah untuk menambah ilmu perniagaan secara online mahupun mempromosi kek beliau di facebook.
TERNAKAN DESA ONLINE