Warisan akok Palekbang adalah kedai menjual kuih tradisional akok yang berasal dari Palekbang. Pemiliknya Puan Hazana Bt Mohamed merupakan seorang usahawan yang tidak pernah kenal erti penat lelah bagi membangunkan dan memajukan kedai beliau sejak dulu hingga kini.
Sentiasa mencari jalan bagi meningkatkan hasil jualannya, beliau mula memperkenalkan akok frozen. Akok frozen semakin dikenali oleh pengunjung yang datang dari utara tanah air seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Walaupun akok frozen diperkenalkan,ia menjadi semakin popular kerana rasa dan kualitinya tidak berubah. Dengan pembungkusan yang baik,mengikut piawaian yang betul,pengunjung dari jauh tidak perlu risau tentang ketahanannya.
Selain itu, Puan Hazana juga menjual pelbagai makanan lain di kedainya antaranya ialah Nasi Lemak Pink, Air Cendol dan makanan sampingan seperti popia nestum,karipap mini dan sebagainya.
Puan Hazana boleh dihubungi melalui Facebook page Che Anna Akok Frozen atau nombor telefonnya 011-12974468 @ wasap 017-9123259.